SEJARAH AWAL PENUBUHAN PPG ( PMPG )
PAKATAN PASIR
GUDANG ( PPG ) ditubuhkan pada awal Mac 2010, di mana badan ini dipengerusikan
oleh En Ahmad bin Yusof, Ketua Pembantu Makmal Kanan C22 dari SMK Permas
Jaya. En Ahmad Bin Yusof adalah pembantu makmal dari daerah Muar yang
ditukarkan ke daerah Pasir Gudang kerana kenaikkan pangkat ke jawatan C22 dan
berkhidmat di SMK Permas Jaya, Pasir Gudang, Johor.
Pada mulanya,
tanggal pertengahan Februari 2010, satu taklimat yang dipanggil “roadshow”
Anggota Kakitangan Sokongan ( AKS ) telah diadakan di PPD Pasir Gudang di mana
ianya telah dihadiri oleh wakil-wakil AKS terdiri daripada Pembantu Tadbir,
Pembantu Makmal, Pembantu Pengurusan Murid dan Pembantu Am Pejabat yang
dianjurkan oleh PPD Pasir Gudang dan juga JPNJ.
Bagi wakil
Pembantu Makmal terdiri daripada lima orang iaitu :-
a)
En Ahmad bin Yusof ( SMK Permas Jaya )
b)
En Mohd Yusof bin Mohd Sawal ( SMK Taman Pasir Putih )
c)
En Mohd Aidil bin Omar ( SMK Permas Jaya )
d)
Pn Rahmah bt Surip ( SMK Permas Jaya 3 )
e)
Pn Haslinda bt Mohd Noh ( SMK Pasir Gudang )
Taklimat
tersebut merujuk kepada perancangan program yang perlu dilaksanakan untuk
setiap AKS di mana ianya perlu dilaksanakan sendiri oleh AKS tersebut dibawah
seliaan PPD Pasir Gudang.
Apabila
berakhirnya “roadshow” tersebut, dengan kesepakatan yang ada telah tertubuhnya
PPG secara rasmi dan jawatankuasanya terdiri daripada :-
Pengerusi : En
Ahmad bin Yusof
Timbalan
Pengerusi : En Mohd Yusof bin Mohd Sawal
Setiausaha : Pn
Rahmah bt Surip
Naib. Setiausaha
: En Mohd Aidil bin Omar
Bendahari : Pn
Haslinda bt Mohd Noh
Beberapa orang
AJK lain turut dilantik bagi membantu merancang dan melaksanakan
program-program untuk Pembantu Makmal daerah Pasir Gudang. Alhamdulillah
dengan kesepakatan di antara jawatankuasa dan juga ahli-ahli, PPG kekal hingga
ke hari ini dengan walaupun diterajui oleh organisasi yang baru.