PERTUKARAN NAMA PPG KEPADA PMPG
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
Dimaklumkan bahawa pada Mesyuarat Pengurusan PMPG Bil 4/2013 yang lalu telah sebulat suara memutuskan bahawa nama Pakatan Pembantu Makmal Pasir Gudang ( PPG ) akan ditukar kepada Persatuan Pembantu-Pembantu Makmal Pasir Gudang ( PMPG ) berkuatkuasa 12 September 2013.
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira usulan serta pandangan dari jawatankuasa mesyuarat dan juga ahli persatuan PMPG
Sekian untuk makluman. Terima kasih.